SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

26 November 2009Kejuruteraan | Mutiara FM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan semua umat Islam di Malaysia.

Marilah kita hayati erti pengorbanan dan terjemahkan dalam usaha yang berterusan untuk membangunkan diri, agama, negara, masyarakat ke satu tahap yang lebih tinggi.

Rancangan khas sempena Hari Raya Aidiladha di Radio Malaysia Mutiara FM
  1. Siaran Langsung solat sunat Aidiladaha dari Masjid Negeri - 27 Nov , 8.25 pagi
  2. Rindu bertamu - 27 Nov, 11.30 pagi
  3. Sketsa Al Kisah Raya Korban - 27 Nov, 3.30 ptg

-admin kejuruteraan-
SIARAN TV DAN RADIO FM KEMBALI BEROPERASI

24 November 2009
Siaran TV dan Radio FM yang dipancarkan dari stesen Pemancar Bukit Genting kini kembali beropersi seperti biasa. Harap maklum.

-admin kejuruteraan-
MAKLUM BALAS JPA : JURUTEKNIK GRED J17/22/26 HANTAR PETISYEN
SUMBER : http://www.jpa.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Merujuk Kepada Surat Oleh Mahu Jawapan Positif Bertajuk “Juruteknik Gred J17/22/26 Hantar Petisyen” Yang Disiarkan Dalam Akhbar Utusan Malaysia Pada 16 November 2009.

Berikutan perubahan skop fungsi tugas, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 telah ditambah baik kepada NT27, NT32, NT36 dengan kelayakan masuk sijil dari politeknik/diploma. Penambahbaikan skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah ini adalah dengan memansuhkan gred jawatan NT17, NT22 tetapi mengekalkan gred jawatan NT32, NT36 dengan diperuntukkan Gred NT27 bagi maksud lantikan di peringkat Kumpulan Sokongan berkelayakan sijil daripada politeknik/diploma. Kenaikan taraf ini menepati prinsip kadar upah untuk kerja dan kelayakan yang diperlukan.

Skim perkhidmatan Juruteknik Gred J17, J22, J26 juga sedang dikaji oleh JPA bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Kajian tersebut turut melibatkan penelitian kepada implikasi struktur Perkhidmatan Teknikal dan implikasi kepada skim-skim perkhidmatan yang setara (memperuntukkan syarat lantikan di peringkat sijil dalam bidang kejuruteraan/ perancang bandar dan wilayah daripada politeknik tempatan atau universiti pengajian tinggi) seperti berikut:

JPA secara berterusan menambahbaik skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sama ada dari segi keperluan perubahan syarat lantikan atau kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan perubahan skop fungsi tugas.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam

18 November 2009

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Penyiaran Malaysia Pulau Pinang.

Penerima Anugerah dari Bahagian Kejuruteraan
  • Mohd Azmiza B. Kumtum
  • Pn. Marliza Bt. Abu Bakar

Penerima Anugerah dari Bahagian Rancangan dan Pentadbiran
  • Tn Hj. Yaacob B. Salleh - Bahagian Rancangan
  • En. Mohd Fauzi Bin. Mohamed Dali - Bahagian Rancangan
  • En. Subramaniam A/L Kuppusamy - Bahagian Pentadbiran
MINI STUDIO DI PESTA PULAU PINANG 2009

20 November 2009
Bersempena dengan Pesta Pulau Pinang 2009, MutiaraFM akan mengadakan Studio Mini di Tapak Pesta bermula 8.30 malam hingga 10.00 malam setiap hari.

-admin kejuruteraan-
MASALAH SIARAN DI BALIK PULAU DAN KAWASAN SEKITARNYA

20 November 2009
Siaran Radio FM dan TV yang dipancarkan dari Stesen Pemancar Bukit Genting mangalami masalah gangguan teknikal, segala kesulitan amat dikesali.

Pihak Mutiara FM memohon maaf atas segala kesulitan. Kami mengalu-alukan sebarang komen/cadangan dari pihak anda bagi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik.

-admin kejuruteraan-
  • Bahagian Kejuruteraan diketuai oleh Jurutera Penyiaran iaitu Pn. Sharimah Abu Bakar
  • Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan teknikal kepada Bahagian Rancangan dan Berita Ehwal Semasa bagi memastikan siaran radio dapat beroperasi dengan lancar
  • Memastikan bangunan dan kawasan dalam keadaan yang memuaskan
  • Membuat pemantauan dan penyenggaraan pemancar(Transmitter) radio dan TV
  • Merancang dan melaksana keperluan ICT Jabatan.
  • Unit Kejuruteraan dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:
  • - Studio /Penyelenggaraan/ICT/Auditorium
    - Siaran Luar
    - Berita (ENG)
    - Pemantauan/Pemancar
    - Stor


    UNIT STUDIO, PENYENGGARAAN DAN ICT
    1. Unit terpenting bagi memastikan siaran dapat ke udara dengan lancar
    2. Mengawal keseluruhan operasi radio, workstation dan server
    3. Memastikan sistem automasi beroperasi dengan sempurna
    4. Sub Unit :
    _____- MCR
    _____- Auditorium
    _____- Workshop/ ICT


    UNIT SIARAN LUAR
    1. Dikenali sebagai OB/OR (Outside Broadcast / Outside Recording
    2. Unit ini membuat kerja-kerja di luar studio seperti rakaman dan siaran langsung termasuk mini studio
    3. Contoh Rakaman Luar: - Ceramah Agama
    4. Contoh Siaran Langsung: - Siaran Perlawanan Bola Sepak dan Mini Studio


    UNIT PEMANTAUAN SIARAN
    1. Membuat kerja-kerja pemantauan siaran dan kerja penyenggaraan pemancar
    2. Memastikan liputan siaran yang terbaik dapat diberikan
    3. Pemantauan disetiap pelusuk kawasan liputan untuk memastikan mutu siaran dan penambahbaikan kawasan liputan


    UNIT ELECTRONIC NEWS GATHERING
    1. Dikenali sebagai ENG
    2. Membuat liputan berita di kawasan Pulau Pinang untuk bahan siaran Berita RTM
    3. Mengendalikan Kamera untuk rakaman audio visual atau siaran langsung
    4. Membuat kerja-kerja visual editing
ADUAN

Untuk makluman jika anda mengalami masalah gangguan siaran atau peneriman siaran yang kurang memuaskan bagi Radio RTM atau TV RTM bolehlah menghubungi pihak kami untuk tindakan.

Tel _-: 04-2296294
Tel_- : 04-2264322

Email : kejuruteraan.mutiarafm@gmail.com
Email : mazlan@mutiarafm.gov.my

Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih
KURSUS AUTOMASI RADIO DALET




PEMANTAUAN KE STESEN PEMANCAR






GEGAR UTARA 1MALAYSIA



1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8
Kepada semua pendengar Radio Malaysia Mutiara FM terima kasih di atas kesetiaan bersama stesen radio selama ini. Kini anda boleh mendengarkan radio kami di seluruh dunia melalui Radio Online.
Segalanya Untuk Mu








FREKUENSI FM


Frekuensi : FM 95.7 MHz
Kawasan Liputan : Georgetown hingga ke Bayan Lepas
Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan
Sebahagian Dari
Kedah Selatan dan Utara Perak
Stesen Pemancar : Bukit Penara

Frekuensi : FM 93.9 MHz
Kawasan Liputan : Teluk Bahang, Batu Feringhi,
Tanjung Bungah dan Sekitarnya.
Sebahagian Kawasan di Pulau Pinang
Stesen Pemancar : Gunung Jerai

Frekuensi : FM 90.9 MHz
Kawasan Liputan : Balik Pulau dan Sekitarnya
Stesen Pemancar : Bukit Genting


PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN

Kami berjanji akan menyediakan dan membekalkan perkhidmatan teknikal, kepakaran, gunatenaga dan peralatan yang optima untuk memastikan setiap penerbitan dan siaran rancangan radio dan tv dapat dihasilkan dengan kualiti yang selaras dengan standard antarabangsa.

Ke arah itu,

  1. Semua peralatan teknikal akan disenggara dan dikendalikan dengan baik disamping memastikan tahap kesediaan (Availability Factor) peralatan tidak kurang dari 99%.
  2. Sentiasa berusaha menambah dan mempertingkatkan liputan siaran radio dan tv.
  3. Sebarang aduan mengenai penerimaan siaran radio dan tv akan diberi maklumbalas dalam masa 3 hari.
  4. Melayani permintaan khidmat nasihat yang diperlukan oleh jabatan, kementerian dan agensi kerajaan dalam tempoh satu minggu setelah dipastikan permohonan-permohonan tersebut teratur, mengikut penduan-panduan dan prosedur perkhidmatan sedia ada.
  5. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan teknikal mengikut perubahan teknologi semasa.
VISI

Peneraju utama Gagasan 1Malaysia berteraskan kandungan rancangan yang bermutu bagi membina negara bangsa.


MISI

Menyebarkan luas maklumat dan membina minda dengan:
  1. Menyiarkan rancangan yang berteraskan kepelbagaian budaya tempatan
  2. Membangunkan kandungan tempatan berteraskan konsep 1Malaysia
  3. Memacu industri kreatif tempatan
  4. Menggunakan teknologi terkini dalam penyiaran
OBJEKTIF BAHAGIAN KEJURUTERAAN

  1. Membolehkan rakyat terus menerima siaran radio dan televisyen dengan mutu penerimaan yang mengikut piawaian antarabangsa dengan kadar kerosakan paling minima.
  2. Memastikan perkhidmatan teknikal untuk penerbitan rancangan radio dan televisyen berfungsi sepenuh masa dan mencapai spesifikasi.
  3. Mempertingkatkan penerimaan radio dan televisyen dengan liputan penduduk kepada 90% sehingga 95%.
  4. Menyediakan kemudahan teknikal dan kakitangan serta menjalankan kerja-kerja rakaman dan siaran yang dibuat dari luar studio utama.
  5. Menyediakan, mengendalikan dan memelihara semua kemudahan, sistem dan peralatan radio di dalam studio.
  6. Mengendali dan menyelenggara sistem dan alat-alat pemancar TV Transposer dan memastikan siaran dapat meliputi kawasan sasaran ditahap optima dan berkesan.
  7. Menjaga aset jabatan, bangunan, kawasan dan lain-lain supaya berkeadaan baik dan selamat.
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KEJURUTERAAN

LATAR BELAKANG SIARAN RADIO DI PULAU PINANG

1934
Siaran Radio di Pulau Pinang bermula melalui Pertubuhan “Penang Wireless Society”. Lesen pertama yang membenarkan Siaran Radio telah dikeluarkan pada 24 Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesen radio dan nama stesen ini ialah “ZHJ’. Siaran “ZHJ” dipancar melalui Gelombang Pendek 493 meter dari 7.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil.


1941
Apabila Jepun memasuki Malaya, Kelab C.R.C. di Jalan Burma telah dijadikan stesen Radio.


1946
Radio Malaya muncul dengan siaran rancangan-rancangan dari Pulau Pinang tetapi Siaran Warta Berita disambung dari Singapura.

1948
Radio Malaya berpindah dari Kelab C.R.C ke Bangunan United Engineers di Lebuh Bishop.


1955
Radio Malaya berpindah ke studio sementara di Jalan Sepoy Lines dari Pejabat sementara di Gelugor.


1961
Radio Malaya mula berkhidmat di bangunan di Jalan Burma sehingga sekarang. Bangunan ini telah dibuka dengan rasmi oleh Gabenor Pulau Pinang, Yang Mulia Raja Tun Uda pada 30 Oktober, 1965.



 
.
      
PENAFIAN : Kejuruteraan | Mutiara FM @ http://kejuruteraan-mutiarafm.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini. Hakcipta Kejuruteraan | Mutiara FM