BINTANG KECIL RTM PESTA 2009



Kemeriahan Pesta Pulau Pinang diteruskan lagi dengan pertandingan Bintang Kecil RTM Pesta 2009. Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 11 Disember (saringan) dan 12 Disember (Final). Kakitangan dari unit siaran luar dan unit studio telah bertanggungjawab menyediakan peralatan teknikal bagi melancarkan perjalan pertandingan tersebut.


MINI STUDIO PESTA PULAU PINANG



Pesta Pulau Pinang kembali lagi dan seperti tahun sebelumnya Radio Malaysia MutiaraFM akan mengadakan mini studio untuk memeriahkan acara tahunan itu. Pesta Pulau Pinang ini akan berlangsung selama 40 hari iaitu dari 20 November hingga 31 Disember 2009. Mini Studio MutiaraFM akan bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir 10.30 malam sepanjang pesta berlangsung. Bahagian kejuruteraan telah memasang peralatan pada 19 November lalu oleh Unit Siaran Luar MutiaraFM.

MAJLIS AIDILFITRI DAN DEEPAVALI



Radio Malaysia MutiaraFM telah mengadakan Majlis Aidilfitri dan Deepavali pada 19 Oktober 2009. Sambutan yang turut diserikan dengan kehadiran Sahabat MutiaraFM, artis, tetamu jemputan serta orang persorangan. Bahagian kejuruteraan telah menyediakan sistem siaraya untuk majlis tersebut.


PILIHANRAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR



Radio Malaysia MutiaraFM telah menyediakan radio di lokasi pada Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir. Pusat media RTM terletak di Hotel Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang dimana pusat media ini beroperasi dari 18 Ogos - 25 Ogos 2009. Bahagian kejuruteraan MutiaraFM turut terlibat dalam memastikan kelancaran radio di lokasi tersebut.

PERTANDINGAN BINTANG KECIL ZON UTARA 2009



Pertandingan Bintang Kecil Zon Utara telah diadakan pada 25 Julai 2009 di Taman Budaya, Kangar, Perlis. Bahagian kejuruteraan MutiaraFM telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan peralatan teknikal bagi pertandingan tersebut. Kakitangan dari Unit Siaran Luar dan Unit Penyelenggaraan, Studio & ICT yang diketuai oleh En Umar Abdullah dan En Rusdi Harun ditugaskan untuk memastikan kelancaran pertandingan tersebut.


PERTANDINGAN BINTANG KLASIK ZON UTARA 2009



Malam Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2009 yang telah berlangsung di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai pada 12 Jun 2009. Pertandingan tersebut yang juga disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen radio utara iaitu Mutiara FM, Langkawi FM, Perlis FM, Kedah FM, Perak FM dan Klasik Nasional. Semua kakitangan bahagian kejuruteraan MutiaraFM terlibat bagi menjayakan program tersebut dan telah menjalankan tugas dengan jayanya.


MESYUARAT PENGURUSAN RTM KAWASAN UTARA



Mesyuarat pengurusan RTM Kawasan Utara (MutiaraFM, PerakFM, KedahFM, PerlisFM dan Langkawi FM) telah diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor pada 2-5 Jun 2009. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Penyiaran Kawasan Utara Cik Siti Mohani Saad dan telah dihadiri oleh ketua-ketua unit dari bahagian rancangan, kejuruteraan dan pentadbiran kawasan utara. Bahagian kejuruteraan MutiaraFM telah diwakili oleh Jurutera Penyiaran Pulau Pinang yang juga merupakan ketua Jurutera RTM Kawasan Utara Pn Sharimah Abu Bakar dan Pembantu Teknik En Mohd Mazlan Idris.

Bahagian kejuruteraan MutiaraFM juga telah menghantar 3 orang wakil untuk menyediakan peralatan siaraya yang diketuai oleh En Umar Abdullah yang turut dibantu oleh pagawai dari Unit Siaran Luar iaitu Harul Shahrin serta Muhd Zaki Chong.


GEGAR UTARA 1MALAYSIA



RTM Kawasan Utara (MutiaraFM, PerakFM, KedahFM, PerlisFM dan Langkawi FM) telah mengadakan Program Gegar Utara 1Malaysia yang telah diadakan di Tesco Taiping, Perak pada 9 Mei 2009 (sabtu) dari 10 pagi hingga 10 malam. Bahagian Kejuruteraan MutiaraFM telah menghantar 3 orang dari Unit Siaran Luar yang diketuai oleh En Rusdi dan di bantu oleh Harul Shahrin serta Muhd Zaki Chong. Bahagian kejuruteraan MutiaraFM telah di pertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem siaraya dan ENG.


KURSUS AUTOMASI RADIO DALET



Bahagian Kejuruteraan Mutiara FM telah menghantar 2 orang wakil untuk menghadiri Kursus Automasi Radio Dalet iaitu En Mohd Mazlan bin Idris dan En Abdul Latiff Mohamad. Program yang berlangsung dari 3 hingga 13 Februari 2009 yang telah diadakan di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan seramai 12 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Objektif kursus Automasi Dalet ini adalah memberi pengetahuan lebih mendalam tentang tugas sebagai operator dan administrator di dalam menyenggara, mengendali dan setting up system untuk sistem Automasi Radio Dalet.

Antara kandungan kursus Automasi Radio Dalet ialah:
  • Menerangkan konsep AUTOMASI RADIO
  • Konsep sistem rangkaian komputer dalam sistem AUTOMASI RADIO
  • Menerangkan penggunaan workstation untuk mewujudkan sistem rangkaian
  • Menerangkan pengendalian sistem automasi di bilik hubungan secara terperinci
  • Kendalian peralatan radio digital
  • Scheduling
  • Workstation Software
  • Setting up network workstation dan server
  • Network topology sistem automasi
  • Setup user account, profiles, security
  • Back-up/transfer data
  • Operating software installation and setup
  • Automation software setup and installation


MINI STUDIO PESTA PULAU PINANG







1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8
 
.
      
PENAFIAN : Kejuruteraan | Mutiara FM @ http://kejuruteraan-mutiarafm.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini. Hakcipta Kejuruteraan | Mutiara FM