SELAMAT DATANG PENGARAH BARU

Warga kerja Kejuruteraan Mutiarafm mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pengarah Penyiaran Pulau Pinang yang baru iaitu Tuan Haji Zulkipli Bin Salleh.

-admin kejuruteraan-
PERTUKARAN PENGARAH PENYIARAN PULAU PINANG DAN KETUA BAHAGIAN RANCANGAN

Berkuatkuasa 4 Januari 2010, Pengarah Penyiaran Pulau Pinang Cik Siti Mohani Bt Saad dan Ketua Bahagian Rancangan En Naim Bin Salleh telah bertukar ke Angkasapuri Kuala Lumpur. Bahagian Kejuruteraan Mutiara FM megucapkan selamat maju jaya dan selamat melaksanakan tugasan baru.

-admin kejuruteraan-
FIESTA MUTIARA FM 1MALAYSIA

Mutiarafm telah berkampung di Padang Awam Jawi Nibong Tebal selama 2 hari untuk menjayakan program Fiesta Mutiarafm 1Malaysia. Fiesta ini dengan kerjasama Celcom Wilayah Utara telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti termasuk Petandingan Futsal dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 3700, pertandingan karaoke yang telah mendapat sambutan luar biasa penduduk sekitar Nibong Tebal, konsert 60-an yang menampilkan artis-artis 60-an seperti J. Sham, Roziah Latif, L. Ramli & Band D'Santani. Pada malam terakhir Fiesta Mutiarafm ini telah digegarkan dengan Konsert Rock Live bersama Kristal, Butterfly, Khalifah & First Step.


 
.
      
PENAFIAN : Kejuruteraan | Mutiara FM @ http://kejuruteraan-mutiarafm.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini. Hakcipta Kejuruteraan | Mutiara FM