MAKLUM BALAS JPA : JURUTEKNIK GRED J17/22/26 HANTAR PETISYEN
SUMBER : http://www.jpa.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Merujuk Kepada Surat Oleh Mahu Jawapan Positif Bertajuk “Juruteknik Gred J17/22/26 Hantar Petisyen” Yang Disiarkan Dalam Akhbar Utusan Malaysia Pada 16 November 2009.

Berikutan perubahan skop fungsi tugas, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 telah ditambah baik kepada NT27, NT32, NT36 dengan kelayakan masuk sijil dari politeknik/diploma. Penambahbaikan skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah ini adalah dengan memansuhkan gred jawatan NT17, NT22 tetapi mengekalkan gred jawatan NT32, NT36 dengan diperuntukkan Gred NT27 bagi maksud lantikan di peringkat Kumpulan Sokongan berkelayakan sijil daripada politeknik/diploma. Kenaikan taraf ini menepati prinsip kadar upah untuk kerja dan kelayakan yang diperlukan.

Skim perkhidmatan Juruteknik Gred J17, J22, J26 juga sedang dikaji oleh JPA bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Kajian tersebut turut melibatkan penelitian kepada implikasi struktur Perkhidmatan Teknikal dan implikasi kepada skim-skim perkhidmatan yang setara (memperuntukkan syarat lantikan di peringkat sijil dalam bidang kejuruteraan/ perancang bandar dan wilayah daripada politeknik tempatan atau universiti pengajian tinggi) seperti berikut:

JPA secara berterusan menambahbaik skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sama ada dari segi keperluan perubahan syarat lantikan atau kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan perubahan skop fungsi tugas.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam

18 November 2009

 
.
      
PENAFIAN : Kejuruteraan | Mutiara FM @ http://kejuruteraan-mutiarafm.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini. Hakcipta Kejuruteraan | Mutiara FM