Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
FIESTA MUTIARA FM 1MALAYSIA

Mutiarafm telah berkampung di Padang Awam Jawi Nibong Tebal selama 2 hari untuk menjayakan program Fiesta Mutiarafm 1Malaysia. Fiesta ini dengan kerjasama Celcom Wilayah Utara telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti termasuk Petandingan Futsal dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 3700, pertandingan karaoke yang telah mendapat sambutan luar biasa penduduk sekitar Nibong Tebal, konsert 60-an yang menampilkan artis-artis 60-an seperti J. Sham, Roziah Latif, L. Ramli & Band D'Santani. Pada malam terakhir Fiesta Mutiarafm ini telah digegarkan dengan Konsert Rock Live bersama Kristal, Butterfly, Khalifah & First Step.


MINI STUDIO PESTA PULAU PINANG



Pesta Pulau Pinang kembali lagi dan seperti tahun sebelumnya Radio Malaysia MutiaraFM akan mengadakan mini studio untuk memeriahkan acara tahunan itu. Pesta Pulau Pinang ini akan berlangsung selama 40 hari iaitu dari 20 November hingga 31 Disember 2009. Mini Studio MutiaraFM akan bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir 10.30 malam sepanjang pesta berlangsung. Bahagian kejuruteraan telah memasang peralatan pada 19 November lalu oleh Unit Siaran Luar MutiaraFM.

PERTANDINGAN BINTANG KECIL ZON UTARA 2009



Pertandingan Bintang Kecil Zon Utara telah diadakan pada 25 Julai 2009 di Taman Budaya, Kangar, Perlis. Bahagian kejuruteraan MutiaraFM telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan peralatan teknikal bagi pertandingan tersebut. Kakitangan dari Unit Siaran Luar dan Unit Penyelenggaraan, Studio & ICT yang diketuai oleh En Umar Abdullah dan En Rusdi Harun ditugaskan untuk memastikan kelancaran pertandingan tersebut.


PERTANDINGAN BINTANG KLASIK ZON UTARA 2009



Malam Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2009 yang telah berlangsung di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai pada 12 Jun 2009. Pertandingan tersebut yang juga disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen radio utara iaitu Mutiara FM, Langkawi FM, Perlis FM, Kedah FM, Perak FM dan Klasik Nasional. Semua kakitangan bahagian kejuruteraan MutiaraFM terlibat bagi menjayakan program tersebut dan telah menjalankan tugas dengan jayanya.


GEGAR UTARA 1MALAYSIA



RTM Kawasan Utara (MutiaraFM, PerakFM, KedahFM, PerlisFM dan Langkawi FM) telah mengadakan Program Gegar Utara 1Malaysia yang telah diadakan di Tesco Taiping, Perak pada 9 Mei 2009 (sabtu) dari 10 pagi hingga 10 malam. Bahagian Kejuruteraan MutiaraFM telah menghantar 3 orang dari Unit Siaran Luar yang diketuai oleh En Rusdi dan di bantu oleh Harul Shahrin serta Muhd Zaki Chong. Bahagian kejuruteraan MutiaraFM telah di pertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem siaraya dan ENG.


 
.
      
PENAFIAN : Kejuruteraan | Mutiara FM @ http://kejuruteraan-mutiarafm.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini. Hakcipta Kejuruteraan | Mutiara FM