PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN

Kami berjanji akan menyediakan dan membekalkan perkhidmatan teknikal, kepakaran, gunatenaga dan peralatan yang optima untuk memastikan setiap penerbitan dan siaran rancangan radio dan tv dapat dihasilkan dengan kualiti yang selaras dengan standard antarabangsa.

Ke arah itu,

  1. Semua peralatan teknikal akan disenggara dan dikendalikan dengan baik disamping memastikan tahap kesediaan (Availability Factor) peralatan tidak kurang dari 99%.
  2. Sentiasa berusaha menambah dan mempertingkatkan liputan siaran radio dan tv.
  3. Sebarang aduan mengenai penerimaan siaran radio dan tv akan diberi maklumbalas dalam masa 3 hari.
  4. Melayani permintaan khidmat nasihat yang diperlukan oleh jabatan, kementerian dan agensi kerajaan dalam tempoh satu minggu setelah dipastikan permohonan-permohonan tersebut teratur, mengikut penduan-panduan dan prosedur perkhidmatan sedia ada.
  5. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan teknikal mengikut perubahan teknologi semasa.
 
.
      
PENAFIAN : Kejuruteraan | Mutiara FM @ http://kejuruteraan-mutiarafm.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini. Hakcipta Kejuruteraan | Mutiara FM