LATAR BELAKANG SIARAN RADIO DI PULAU PINANG

1934
Siaran Radio di Pulau Pinang bermula melalui Pertubuhan “Penang Wireless Society”. Lesen pertama yang membenarkan Siaran Radio telah dikeluarkan pada 24 Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesen radio dan nama stesen ini ialah “ZHJ’. Siaran “ZHJ” dipancar melalui Gelombang Pendek 493 meter dari 7.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil.


1941
Apabila Jepun memasuki Malaya, Kelab C.R.C. di Jalan Burma telah dijadikan stesen Radio.


1946
Radio Malaya muncul dengan siaran rancangan-rancangan dari Pulau Pinang tetapi Siaran Warta Berita disambung dari Singapura.

1948
Radio Malaya berpindah dari Kelab C.R.C ke Bangunan United Engineers di Lebuh Bishop.


1955
Radio Malaya berpindah ke studio sementara di Jalan Sepoy Lines dari Pejabat sementara di Gelugor.


1961
Radio Malaya mula berkhidmat di bangunan di Jalan Burma sehingga sekarang. Bangunan ini telah dibuka dengan rasmi oleh Gabenor Pulau Pinang, Yang Mulia Raja Tun Uda pada 30 Oktober, 1965.



 
.
      
PENAFIAN : Kejuruteraan | Mutiara FM @ http://kejuruteraan-mutiarafm.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini. Hakcipta Kejuruteraan | Mutiara FM